Mellea's World dimiliki oleh SYAHMIE'S ENTERPRISE. Kami merupakan Stokis Produk Makanan Kesihatan Herba Penawar Al-Wahida(HPA). Selain itu juga kami juga menjual pelbagai produk yang terdiri daripada produk makanan kesihatan, produk mesra alam,produk IMP, pes makanan segera tanpa bahan pengawet, makanan tradisional dan agen topup.
Assalamualaikum w.b.t... Dan Selamat Sejahtera
Mulai 03 Februari 2014, kami akan mengemaskini semua stok bagi Mellea's World dan Stokis HPA dan jualan runcit di laman blog baru Syahmie's Enterprise... sila Klik di sini
Terima kasih
Mulai 03 Februari 2014, kami akan mengemaskini semua stok bagi Mellea's World dan Stokis HPA dan jualan runcit di laman blog baru Syahmie's Enterprise... sila Klik di sini
Terima kasih
Total Pageviews
"Rasullullah S.A.W bersabda: Perkara halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas. Bagaimanapun di antara keduanya ada yang tidak jelas(syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." -Riwayat Bukhari & Muslim-
'Produk Halal Tanggungjawab Bersama'
'Kamu adalah apa yang kamu makan'
Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts
Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts
Thursday, June 28, 2012
Wednesday, June 6, 2012
KELEBIHAN DAN KHASIAT KISMIS MINDA
Anda mungkin ingat dengan pesan orang tua-tua atau
ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam
pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya
diet yang kerap diberikan ibu.
Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia
sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat
memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.
Malah keduanya, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang
kepada manfaat minda semata-mata? Kismis atau dipanggil raisin dalam
bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,
Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?
Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses
penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar.
Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga,
monukka dan muscat.
Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu
hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah
Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula
jadi.
Kenapa begitu?
“Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” nukil artikel itu.
Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan?
Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga.
Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu
buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh
itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada
radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah
sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan
memperbaiki daya penglihatan.
Khasiat Kismis:
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat
meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula
ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan
kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang
banyak dan cepat.
b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis
adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai
antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain
menjaga kesihatan kulit.
c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis
menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan
mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini
sangat efektif dalam membunuh bakteria.
Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang
wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu
mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu
menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke
dalam roti atau kek.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
InsyaAllah
KELEBIHAN LADY CHEERS
Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI
bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar
lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.
Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina
Kelebihan Herba :
Sireh (Piper betel)
1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.
Manjakani (Croton caudatum)
1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.
Serapat (Parameria laevigata)
1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina
KELEBIHAN HERBA KEPUTIHAN
Herba keputihan ini diadun dengan bahan Melastoma
Malabathricum. Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang di
hidapi di bahagian faraj wanita. Ia terbentuk lendir berwarna putih yang
berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal-gatal.
Wanita yang menghadapi masaalah ini akan menunjukkan tanda-tanda
pucat pada wajahnya, dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita
tersebut mudah terganggu. Gejala ini juga akan mengakibatkan rahim
wanita tersebut menjadi kendur dan sekali gus menurunkan kemahuan serta
frigid pada aktiviti sex.
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh untuk menghilangkan keputihan.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Melastoma Malabathricum
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada waktu pagi.
KELEBIHAN PARAMARIA PLUS
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia
mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak
asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim
khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim
turun. Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit
pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh
digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada waktu pagi. Produk ini
boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse
(putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.
MEMBONGKAR KHASIAT DAUN MENGKUDU
KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai
makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi
perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.
Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.
Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya
Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan
sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.
“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu
tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu
dalam bentuk serbuk.
“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.
Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.
“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.
“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.
Melalui kajian saintifik
Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.
“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.
“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.
Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.
“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.
AZIZAH menunjukkan hasil produk penyelidikan yang dilakukan bersama kumpulan saintis UPM.
“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.
Melalui kajian saintifik
Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.
“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.
“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan
dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas
beliau.
Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan
sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan
yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan
kesihatan yang tinggi.
“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan
menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan
penyakit-penyakit kronik.
“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang
menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai
kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.
PENYELIDIKAN UPM mendapati khasiat mengkudu bukan sahaja pada buahnya tetapi juga daun yang matang.
Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda
kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.
“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra
alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya
karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.
“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun
mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan
Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my
rosmalina.kadir@kosmo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)



