Assalamualaikum w.b.t... Dan Selamat Sejahtera

Mulai 03 Februari 2014, kami akan mengemaskini semua stok bagi Mellea's World dan Stokis HPA dan jualan runcit di laman blog baru Syahmie's Enterprise... sila Klik di sini

Terima kasih

Total Pageviews

"Rasullullah S.A.W bersabda: Perkara halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas. Bagaimanapun di antara keduanya ada yang tidak jelas(syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." -Riwayat Bukhari & Muslim-

'Produk Halal Tanggungjawab Bersama'

'Kamu adalah apa yang kamu makan'

Thursday, December 6, 2012

INFO IMP Part 2


1. Syarat pada Pengilang
  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.
  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan
  • Susunan dalam kilang mengikut syariat.
  • Tidak ada muzik.
  • Ada Nur bacaan Al-Quran.
  • Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
  • Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
  • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
  • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
3. Syarat pada Pekerja/Operator
  • Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).
  • Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
  • Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
  • Sentiasa ada air wudhu.
  • Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
  • Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
  • Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.