Sebagai Working Parent sememangnya masa bersama-sama anak amatlah terhad...
Rutin harian:-
5.00am Bangun pagi, suboh, pam susu dan masak
6.30am Mandi, sarapan dan bersedia hantar anak ke bbsitter
7.30am - 4.30pm Working Hours
5.00pm Ambik Auni dari bbsitter
5.30pm Asar, masak, mandi, makan,
8.00pm Isyak dan tidur
Keesokan harinya Sahor dan bermulalah 1 Ramadan...
Apa kaitan cd dalam jadual di atas...
Secara peribadinya, aku merasakan dengan menggunakan cd dapat mengeratkan lagi hubungan aku, auni dan hubby...sememangnya tidak logik tapi bagiku di situlah aku melihat kasih sayang my hubby to me and Auni...
Walaupun penat bekerja, my hubby tetap mencuci cd Auni dan mengetahui status kesihatan Auni melalui cd nya...daripada najis bb kita boleh mengetahui status kesihatan bb sama ada dia sihat kah atau pun sakit perut...
Sekiranya kami menggunakan pampers keadaan ini tdak akan berlaku dan sukar bagi kami mengetahui keadaan kesihatan anak kami.
Dahlah siang hari bersama bbsitter, malam hari baru lah bersama parent tidakkah anda rasa hilangnya masa berkualiti anda bersama anak-anak...lebih-lebih lagi bb yang kebanyakkan masanya digunakan untuk tidur...takkan nak bangunkan supaya dapat kita tunjukkan kasih sayang terhadapnya...
Bagi yang breastfeed beruntunglah sebab ianya dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak, bagaimana pulak dengan si ayah...
Dengan membasuh cd, menyalin lampin anak kita dapat tahu bagaimana perasaan seorang ayah terhadap anaknya...daripada kasih sayang tersebut dibuang ke dalam tong sampah...
Ini tidak bermaksud tugas si ayah hanya untuk mencuci cd dan menyalin cd...ini hanya salah satu contoh atau cara menunjukkan perasaan kasih dan sayang kepada si isteri dan si anak...