CARA PENYEDIAAN:
Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti
mencuci beras) sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi
beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran
melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5
liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan
simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila
sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa
pengambilan yang disarankan.
CARA PENGAMBILAN:
- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas dimasak semasa
bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan
(waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum
masuk tidur (malam).
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.
- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang
berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana
ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah)
dalam badan kita.
-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter
sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan
kolagen oleh badan.
- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.
RESEPI-RESEPI LAIN YANG DI"GOOGLE", BOLEH TRY.
1. Kerabu Rumpai Laut
Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan
dan dipotong kasar)5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)1 sudu
besar gula1 sudu kecil garam1 biji bawang besar (dipotong halus)1 sudu
kecil lada hitam5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.Boleh dihidangkan.
2. Cencaru Sumbat Rumpai Laut
2 ekor ikan cencaru besarSerbuk kunyitGaram3 sudu
besar cili kisar10 gm rumpai laut (direndam) 1 ulas bawang putih
(ditumbuk)2 ulas bawang merah (ditumbuk)Ikan bilis (ditumbuk)Daun pandan
Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih,
bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.
Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.
3. LINK RESEPI YANG BOLEH DICUBA
SUP RUMPAI:
http://dapurkuberasap.blogspot.com/2009/11/sup-rumpai-laut.html
http://amirahmdesa.blogspot.com/2012/08/resepi-sup-rumpai-laut.html
TELUR PUYUH RUMPAI:
http://www.santapanistimewa.my/resipi-telur-puyuh-rumpai-laut/
KERABU RUMPAI LAUT:
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Facucubatrytestresepiku.blogspot.com%2F2012%2F04%2Fkerabu-rumpai-laut.html&h=wAQFKYyLs
BISKUT RUMPAI LAUT:
http://riezanie2u.blogspot.com/2008/05/biskut-macademia-umpai-laut-seaweed.html