Assalamualaikum w.b.t... Dan Selamat Sejahtera

Mulai 03 Februari 2014, kami akan mengemaskini semua stok bagi Mellea's World dan Stokis HPA dan jualan runcit di laman blog baru Syahmie's Enterprise... sila Klik di sini

Terima kasih

Total Pageviews

"Rasullullah S.A.W bersabda: Perkara halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas. Bagaimanapun di antara keduanya ada yang tidak jelas(syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." -Riwayat Bukhari & Muslim-

'Produk Halal Tanggungjawab Bersama'

'Kamu adalah apa yang kamu makan'

Sunday, August 22, 2010

Sebelum Menggunakan Cloth Diaper

Setakat ini aku telah mempunyai 40pcs cloth diapers untuk kegunaan anakku.

Di antaranya adalah :
  1. Bbland plain snap button - 10pcs
  2. Bbland printed snap button- 10pcs
  3. Coolababy velcro - 10pcs
  4. Sunny Minky snap button - 7pcs
  5. Cutie Mam snap button - 3pcs
Pada tempoh awal pantang, aku tidak memakaikan anakku dengan cd secara 100% kerana kesian melihat ibu ku yang telah dengan sedaya upayanya menjaga ku...

Walaupun begitu, mulai 1 Ogos 2010 sehingga sekarang aku dan suami telah menggunakan cd sepenuh masa...

Bagi ibu-ibu yang hendak beralih daripada penggunaan cd aku sarankan beberapa perkara tersebut:-
  • berbincang dahulu dengan suami tersayang adakah mereka mahu membantu dalam kerja-kerja menyelenggara cd
  • pastikan diri anda dan suami bersedia menjadi lebih rajin daripada sebelum ini
  • buat kira-kira adakah penggunaan cd sama ada akan membantu anda dalam pengurusan kewangan keluarga
Perkara ini amat perlu kerana komitmen kedua-dua pihak adalah lebih baik dari satu pihak sahaja...Untuk membesarkan anak kompenen ibu dan ayah adalah amat penting kerana tanpa kedua-duanya zuriat idak dapat terhasil dengan izin Allah S.W.T

Motherhood...

"Being a mother is a tough job...if you not willing to sacrifice your time, think before you act..."

Itulah Quotation of The Day...

Menjadi ibu adalah satu tanggungjawab yang berat..bermula dari saat mengandung sehingga saat melahirkan dan sekarang saat membesarkan anak...

Setelah melalui fasa mengandung dan melahirkan anak, sesungguhnya aku memahami perasaan ibu ku yang telah melahirkan ku ke dunia...

Terima kasih Ibu...

Sebagai ibu dan seorang manusia, aku berasa kesal melihat dan mendengar berita di mana anak-anak yang tidak berdosa dibuang seperti membuang sampah...apalah dosa mereka...belum terampun dosa mengandung anak luar nikah, mereka telah melakukan lagi dosa membunuh...

Apabila aku menatap wajah comel anakku, sesungguhnya apalah yang anak sekecil itu tahu...




My Baby's Stuff 3

Play gyms from Bright Starts

Cd Cutie Mam Baby (3pcs)

Cd Sunny Baby (7pcs)

Cd BBland Printed (10pcs)

Blue&Brown Leopard Wetbag


My new cd's collection

Bukti Kasih Sayang

7 Jun 2010 merupakan tarikh keramat kerana lahirnya cahayamata kami yang pertama iaitu Naura Auni Binti Syah Reazul...



07/06/10 11/08/10

And for today, Auni dah berusia 2bulan 17 hari...

Harapan Umie dan Abi...Auni jadilah anak yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia...
Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna bagi Umie dan Abi apabila Auni berjaya menjadi insan yang berjaya di Dunia dan Akhirat...Amin...

Selamat Berpuasa..

Bismillahirahmannirahim...



Selamat menyambut Bulan Ramadan dan masih belum terlewat untuk diucapkan Selamat Berpuasa.



Alhamdulillah..hari ini kita telah menjalani ibadah puasa selama 12 hari...Semoga kita semua berjaya menjalani ibadah ini dengan sempurna dan diraikan dengan Aidilfitri...