Assalamualaikum w.b.t... Dan Selamat Sejahtera

Mulai 03 Februari 2014, kami akan mengemaskini semua stok bagi Mellea's World dan Stokis HPA dan jualan runcit di laman blog baru Syahmie's Enterprise... sila Klik di sini

Terima kasih

Total Pageviews

"Rasullullah S.A.W bersabda: Perkara halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas. Bagaimanapun di antara keduanya ada yang tidak jelas(syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." -Riwayat Bukhari & Muslim-

'Produk Halal Tanggungjawab Bersama'

'Kamu adalah apa yang kamu makan'

Friday, March 1, 2013

Penyediaan Pure Marine Collagen

CARA PENYEDIAAN:
Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan.

CARA PENGAMBILAN:

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas dimasak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.


RESEPI-RESEPI LAIN YANG DI"GOOGLE", BOLEH TRY.

1. Kerabu Rumpai Laut
Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong kasar)5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)1 sudu besar gula1 sudu kecil garam1 biji bawang besar (dipotong halus)1 sudu kecil lada hitam5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)

Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.Boleh dihidangkan.


2. Cencaru Sumbat Rumpai Laut
 2 ekor ikan cencaru besarSerbuk kunyitGaram3 sudu besar cili kisar10 gm rumpai laut (direndam) 1 ulas bawang putih (ditumbuk)2 ulas bawang merah (ditumbuk)Ikan bilis (ditumbuk)Daun pandan
Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.

Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.

3. LINK RESEPI YANG BOLEH DICUBA

SUP RUMPAI:
http://dapurkuberasap.blogspot.com/2009/11/sup-rumpai-laut.html
http://amirahmdesa.blogspot.com/2012/08/resepi-sup-rumpai-laut.html

TELUR PUYUH RUMPAI:
http://www.santapanistimewa.my/resipi-telur-puyuh-rumpai-laut/

KERABU RUMPAI LAUT:
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Facucubatrytestresepiku.blogspot.com%2F2012%2F04%2Fkerabu-rumpai-laut.html&h=wAQFKYyLs

BISKUT RUMPAI LAUT: 
http://riezanie2u.blogspot.com/2008/05/biskut-macademia-umpai-laut-seaweed.html